Sempena penjawat awam dapat gaji baru bulan april yang lepas, so aku pun jemput la mak dan adik-adik aku kat Kedah datang USJ.
Kebetulan pulak cuti hari pekerja pulak tu, terus aku ajak diorang pergi berkelah dekat Port Dickson hoho.
Memang masyukla berkelah, sambil bakar ayam panggang resepi istimewa mak dan air tangan anak-anak pompuannya hehe. Lagipun ni first time anak-anak mak siah dan para menantunya mengadakan aktiviti luar bersama-sama pas kenduri bulan mac lepas.
Ada rezeki, akan datang kita buat family gathering lagi kat sini tapi kali ni dengan cucu-cucu mak siah pulak hehee.
Sesapa nak cari tempat makan sedap, ritu makan kat kedai asam
pedas bertentang dengan teluk kemang
tuh best la, insyallah nanti nak singgah lagi bila datang sini balik.
Diharapkan keindahan pantai Port Dickson ni akan sentiasa terpelihara. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan