Sabtu, 28 Mei 2011

Ular Sawa Batik Cantik

Baru ja balik fogging kat jalan perigi ari khamis lepas, tak sempat nak letak kepala tau-tau makchaq telefon mak aku bagitau ada ulaq masuk lau kat umah dia. aku tanya balik, ulaq kecik ka ulaq besaq. ulaq sawa rupanya. teruja aku, tak sangka plak belakang rumah aku ada ulaq sawa. slalu yang duk jumpa spesis primat dengan spesis najis mughallazah ja hahaha.

Gambar-gambar yang agak tak berapa cantik la untuk ditunjuk kat hangpa. pakai henset kamera murah macam ni la. kamera yang pejabat bagi untuk ambil gambar exhibit aku tak bawak balik pulak minggu ini. hissh rugi rugi.

Dat tengah menenangkan ulaq sawa
Agaknya brapa gred pegawai jpa kn?










akhir kata terima kasih kepada semua yang hadir pada malam itu. suasana meriah macam ada hari keluarga pulak hahaha. paling best tengok telatah la, ada yang melatah, yang mengucap panjang, yang memberikan pelbagai cadangan suruh tangkap tapi dia tak pi tangkap. macam macam la. kepada sesapa yang pada masa akan datang ada ulaq masuk rumah, silalah telefon jabatan pertahanan awam yer. kesian kat ulaq tuh, spesis terancam la katakan. 

No. JPA Sik: +6044233193
No. JPA Yan: +6044682680
No. JPA Kuala Muda: +6044233193

Tiada ulasan:

Catat Ulasan