Rabu, 22 Jun 2011

Gambar-gambar Majlis baca yassin di Pkd Yan





Published with Blogger-droid v1.7.2

Majlis baca yassin di Pkd Yan


Petang kelmarin pada 21/6 telah dianjurkan majlis bacaan yassin di lobi pkd yan lebih kurang pada pukul 3 petang. Rasanya ini majlis yang pertama untuk tahun ni. Paling best sekali adalah jamuan pada petang tu adalah mee kari hoho. Dapat makan 2 mangkuk sebab sayang tengok mee ada lebih banyak, lau tak makan nanti dia menangis hehe. Paperpon tahniah kepada yang dapat hadir pada petang kelmarin yer termasuk kat diri sendiri sebab pada mulanya pun terasa malas jugak nak hadir hahaha.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Ahad, 12 Jun 2011

Rantai ex5 ku putus jua

 permulaan hari pertama minggu ni yang kurang memberangsangkan, tak pernah disangka-sangka akhirnya terjadi jugak kat motor aku nih. boleh elok-elok tengah layan lajak turun bukit pastuh jalan lurus tetiba rantai motor putus plak pagi tadi. nasib baik la ada adik nih yang nek lc nk balik kl katanya bermurah hati sanggup berhenti dan tunda motor aku dari jentayu sampai kedai motor kat bt5. kalau tak gerenti aku kena patah balik rumah salin baju uniform sebab dah mandi peluh tolak motor.


bengkel pulak bukak pukul 9 lebih, so untuk mengisi masa terluang, melepak la aku kat kedai roti canai sambil makan nasi lemak lauk gulai kambing spesial. gulai kambing tuh, bukan senang nak cari gerai jual nasi lemak dengan gulai kambing. kat taman ria mesra batu5 saja yang ada hehe. nak sejukkan hati la dah terlewat masuk keje. arini offically aku masuk keja paling lambat dealam sejarah, thumb print pukul 9.30 lebih huhu. kos perbelanjaan pagi ini ialah, breakfast dengan rantai motor RK-M: 5.20+25.00=30.20. paperpon alhamdulillah, redha jer la, aminn.

Rabu, 8 Jun 2011

Cicoq ikan temenung@kembong

Petang tadi pagi fogging kat pondok haji fauzi. On the way tu singgah la kat market guaq cempedak sebab pagi tadi mak aku dah pesan suh beli ikan.

Alhamdulillah ikan hari ni segar dan murah-murah. Sekilo 3 ringgit, so aku pun amik 2 kilo dapat diskaun jadi 5 ringgit hehe. lama dah mak aku boikot beli ayam nih sebab mahai erm.

balik ja fogging terus serah kat adik aku untuk operasi. Alhamdulilah berkat kepakaran memasak adik aku ditambah kebijaksanaan aku memilih ikan yang segar, inilah hasil makan malam untuk malam ni. Memang terbaik, sorg dpt 4 ekoq tu hohoho

posted from Bloggeroid

Testing guna Blogger-droid

Published with Blogger-droid v1.7.0

Selasa, 7 Jun 2011

Puduraya jam 5 pagi

Hari sabtu lepas aku pi kuala lumpur nak jemput tunang aku balik kampung. Lama jugak aku xpi kl nih semenjak dah habis kursus pembantu kesihatan awam kat sungai buloh hujung tahun lepas 2010.

Perasaan pertama aku bila nampak ja bangunan puduraya tuh memang aku cukup kagum. Berbeza sangat dengan puduraya yang aku dah biasa duk melepak sejak zaman sekolah kat alam shah dan upm dulu. Terasa macam kat airport pulak hehe.


walaupun bangunan puduraya tu telah berjaya dinaik taraf sehingga sedemikian rupa, sampai aku pun leh tersesat kejap cari tangga tak jumpa sebab banyak sangat perubahan, tapi satu perkara jer yang aku perasan tak berubah hehe. suasana awal pagi kat puduraya masih lagi macam dulu. kesian tengok pakcik2, makcik2 dan semua tidur bergelimpangan kat sekitar puduraya tuh menunggu masuk waktu subuh erm.

dah jadi kebiasaan untuk aku bertolak dari gurun pada lewat malam dan sampai seawal jam 4 pagi kat puduraya. so aku pun join la diorang melepak kat situ sambil tunggu waktu subuh masuk sambil mengenang kisah lalu. sambil mengenang kisah pada masa hadapan sambil membayangkan kehidupan bahagia bersama tunang tersayang.hehe.


Isnin, 30 Mei 2011

5 Centimetres Per Second



How much more will I have to lose, before my heart is forgiven?
How many more pain will I have to suffer, to meet you once again?
One more time, oh seasons, don't disappear
One more time, the time when we were messing around

Whenever we argued, I would always give in first right?
Your selfish nature made me love you even more
One more chance, the memories stopped my legs
One more chance, I cannot choose my next destination

I'm always searching, for your figure to appear somewhere
On the opposite platform, in the windows along the lane
Even though I know you couldn't be at such a place
If my wish were to come true, I would be at your side right away
There would be nothing I couldn't do
I would put everything on the risk and hold you tight, I'll show you.

If I just wanted to distract my loneliness, anybody would have been enough.
The stars seems like it will fall in the night which is why i can't lie to myself.
One more time, oh seasons, don't disappear
One more time, the time when we were messing around

I'm always searching, for your figure to appear somewhere
Even when I'm crossing a street, Even in the midst of my dreams
Even though I know you couldn't be at a place like this!
If a miracle were to happen, I would want to show you immediately
A new morning, who I'll be from now on
And the words i never said called: "I Love You"

The memories of summer are revolving
The throbbing which suddenly disappeared

I'm always searching, for your figure to appear somewhere
At dawn on the streets, at Sakuragi-cho
Even though I know you couldn't be at a place like this!
If my wish were to come true, I would return to your side right away
There would be nothing I couldn't do
I would risk everything and hold you tight I'll show you!

I'm always searching, for fragments of you to appear somewhere
At a traveller's store, in the corner of newspaper,
Even though I know you couldn't be at a place like this!
If a miracle were to happen, I would want to show you immediately
A new morning, who I'll be from now on
And the words I never said called: "I Love You."

I always end up looking for your smile, to appear somewhere
At the railroad crossing, waiting for the express to pass
Even though I know you couldn't be at such a place
If our lives could be restarted,
No matter how many times it will be I will go back to you
What I would wanted then would then be nothing
The Things Other Then You!

Aedes survey


Kerja di unit vektor mesti tak lari dari membuat aedes survey. bila dah pegi wat lawatan nyamuk nih atau dengan kata lain pemeriksaan jentik-jentik, berdasarkan pengalaman, mesti ada orang kampung yang cakap macam nih.

"tuh jentik2 dalam parit tuh taknak amik ka?
"dalam kampung dekat dengan hutan jenuh la kalau nak cari takdak nyamuk"
dan lain-lain.

erm taktaula diorang nih menyindir ker atau memang tanya soalan kan. alhamdulillah nasib baik bagi perhatian dalam kelas kat KSKB dulu hahaha. slalunya ayat cover yang aku duk guna macam ni la.

"makcik/pakcik, nyamuk aedes nih jenis memilih skit, dia kalau nak beranak mesti nak ayaq jernih ja, ayaq jernih yang bertakung macam ayaq hujan ka. kalau ayaq yang kotoq atau berkeladak ka dia takleh duk, nyamuk banyak spesis tapi spesis aedes nih ja yang bawak sakit demam denggi. slalu kita dengaq sakit aids ja takdak ubat makcik/pakcik, tapi sebenaqnya demam denggi pon takdak ubat gak tau. sebab tuh yang kita kalut jaga tuh. arwah din beramboi pon meninggal sebab denggi makcik/pakcik"

hah kan dah kena ceramah dengan aku hehe. tapi takpa, nih pon dikira pendidikan kesihatan jugak kan. leh isi dalam vekpro nanti masa balik dari survey. pendek kata, amalkanlah 10 minit seminggu untuk hapuskan tempat pembiakan denggi yer.

rujukan:- http://ms.wikipedia.org/wiki/Aedes

Sabtu, 28 Mei 2011

Ular Sawa Batik Cantik

Baru ja balik fogging kat jalan perigi ari khamis lepas, tak sempat nak letak kepala tau-tau makchaq telefon mak aku bagitau ada ulaq masuk lau kat umah dia. aku tanya balik, ulaq kecik ka ulaq besaq. ulaq sawa rupanya. teruja aku, tak sangka plak belakang rumah aku ada ulaq sawa. slalu yang duk jumpa spesis primat dengan spesis najis mughallazah ja hahaha.

Gambar-gambar yang agak tak berapa cantik la untuk ditunjuk kat hangpa. pakai henset kamera murah macam ni la. kamera yang pejabat bagi untuk ambil gambar exhibit aku tak bawak balik pulak minggu ini. hissh rugi rugi.

Dat tengah menenangkan ulaq sawa
Agaknya brapa gred pegawai jpa kn?










akhir kata terima kasih kepada semua yang hadir pada malam itu. suasana meriah macam ada hari keluarga pulak hahaha. paling best tengok telatah la, ada yang melatah, yang mengucap panjang, yang memberikan pelbagai cadangan suruh tangkap tapi dia tak pi tangkap. macam macam la. kepada sesapa yang pada masa akan datang ada ulaq masuk rumah, silalah telefon jabatan pertahanan awam yer. kesian kat ulaq tuh, spesis terancam la katakan. 

No. JPA Sik: +6044233193
No. JPA Yan: +6044682680
No. JPA Kuala Muda: +6044233193

Khamis, 26 Mei 2011

Sekolah Kebangsaan Batu 4

 Dalam duk usyar-usyar gambar kat facebook, terjumpa gambar lama zaman sekolah rendah dulu. taktau la gambar ni tarikh bila tapi rasanya masa darjah 3 kot tahun 1993. yang duk tengah-tengah tu ketua kelas rasanya hehehe. eh baru perasan, dulu putih rupanya kulit dia hoho.

Ingat nk upload lebih banyak gambar pasal sekolah lama aku nih tapi tak jumpa pulak kat google. insyallah kalau rajin nanti aku pi tangkap gambar sendiri pastu upload kat sini.

Kepada ex-student skbe, aku terjumpa blog sekolah lama kita nih (Sek Keb Batu 4). nanti pi melawat yer. tempat jatuh lagi dikenang, inikan lagi tempat bermain aci ligan kat padang sekolah hahaha.

Selasa, 24 Mei 2011

Kambing Korban dan Akikah

Kambing-kambing korban dan akikah untuk di jual. di jamin kambing cukup umur dan segar dari ladang sebelah rumah. harga insyallah boleh runding iaitu bergantung kepada berat kambing (sekilo dlm rm15) dan permintaan semasa (demanding over production cewahh).

antara kambing-kambing yang sudah sedia untuk di jual ialah seperti berikut;
baka kampung asli

baka kampung tokwan dia kacuk

baka boa kot

baka kambing gurun










baka bapak dia kuda padi, mak kambing janapari

just kidding hehe. gambar kambing amik kat internet ja. insyallah ada kelapangan nanti akan diupload dengan segera gambar yang original dan borang tempahan k.

Dawn of War 2 : Retribution

aku seorang yang sangat cerewet bila pergi kedai cd nak memilih cd game. kalau rating game tuh tak dapat 8.0 ke atas dekat gamespot.com, mmg gerenti aku tak beli game tuh hehe. ni game yang aku tgh duk men skrg nih. 
 game strategy yang ada sikit ciri-ciri rpg mcm warcraft jugak tapi dgn tambahan sountrack yang best dan grafik cun. mmg sesuai untuk nk ilangkan tensen sambil arah askar dan hero bunuh-bunuh dengan darah memancut-mancut hahaha. opss astagfirullah.

 untuk yang baru nk belajar main, aku cadangkan guna bangsa space marine dulu sebab senang nak biasakan diri dengan gameplay dia. walaupun aku dah pernah main game strategy tapi cara permainan untuk game nih lain sikit so terasa kekok la sikit memula. walaupun begitu, game ini sangat mengujakan terutama lepas penat balik fogging nyamuk kat tengah2 pekan. Huh!


Pembantu Kesihatan Awam Gred U19

rasanya dah lama sgt aku duk dgr ura-ura yang pka nak nek gred 19 dalam awal tahun nih. sampaikan aku pun terpedaya sampai terbelanja awal dengan membeli basikal mountain bike nih hahaha. rupanya khabar angin ja. nasib baik beli basikal, lau aku terbeli inspira ker tak ke naya dibuatnya. heh.